Lama rasanya tak post apa-apa.....munkin sebab perkembangan LAT agak perlahan.... Projek LAT masih ada....cuma malas nak mencari ibu-ibu LAT yang bertelur untuk diasingkan.... Semua LAT saya satukan dalam kolam yang sama...
OK...tinggalkan dulu bab LAT...
Hari ni saya nak cerita tentang cantuman pokok durian yang tua atau yang tak produktif.... Sejak musim durian ni....harga durian kg pon boleh tahan harganya, pada hal ada dusun durian....huhuhuhu Kena beli gak sebab monyet habis putik durian didengkinya...
Sejak wife beli dusun 3-4 tahun dulu, ada pokok durian yang tua dan tak produktif.... dari pembacaan, pokok lama (pokok durian kampung) boleh dicantum dengan klon-klon yang lebih baik seperti Musang King, Black Thorn, IOI, D24 dan macam-macam lagi...
Kaedah ini dikatakan boleh berbuah cepat (2-3 tahun), kata orang laa ye.. Sebenarnya teknik cantuman ni pernah saya buat dulu tapi tak menjadi dek tape balutan cantuman dikopek oleh monyet.... .so kali ni cuba lagi....
Cara-caranya:
Langkah 1: Kikis kulit luar sehingga 50-60% (bergantung kepada ketebalan kulit durian tersebut). Kulit durian agak tebal juga....
Saya guna parang panjang je sebab terlupa bawa parang pendek
Langkah 2: Potong kulit durian seperti gambar dibawah
Potong 1/2 atau 1/3 kulit durian tadi
Langkah 3: Pilih tunas durian yang dah berbuah...saya guna tunas durian kg juga tapi yang sedap buahnya sebab klon yang baik belum berbuah. Hiris tunas menggunakan pisau yang tajam atau pisau cantuman (pisau cantuman ni saya beli melalui FB) boleh tahan tajam gak....
Hiris 3-4 inci panjang, bergantung lorekkan di pokok
Runcingkan disebelah tunas
Langkah 4: Selitkan tunas, saya gunakan tiga...kalau tak jadi satu, ada lagi 2 kalau tak jadi 2 ada lagi 1.... kalau jadi ketiga-tiganya lagi bagus boleh pilih yang paling sihat untuk dikekalkan.
Langkah 5: Balut denga tape cantuman (tape cantuman boleh beli dari Shopee atau Lazada), lilit dengan kemas agar tunas betul-betul melekat pada pokok penumpang dan memastikan air hujan tidak masuk ke cantuman kita. Bagi satu gulung tape cantuman ni, boleh buat 4 pokok je (ukurlilit pokok lebih kurang 60 cm).... Bagi ukurlilit yang lebih besar, kena guna paku untuk kemaskan lilitan (Insya Allah akan saya post pada masa akan datang).
Langkah 6: Buat alur air di kiri dan kanan bagi mengeluarkan air jika ada air masuk ke dalam cantuman kita.
Langkah 7: Saya kemaskan lagi menggunakan tali rafia berdasarkan pengalaman monyet mengoyakkan tape pembalut selain memastikan ikatan bahagian bawah lebih kemas dan ketat.
Hari ni saya dapat buat 4 pokok, harap menjadi le... Bagi memastikan cantuman kita berjaya atau tidak adalah dengan memeriksa tunas masih hijau selepas 5-6 hari selepas cantuman dilakukan. Jika tunas hijau maknanya cantuman kita ada harapan menjadi. Jika ya, selepas 25-30 hari boleh le buka balutan bagi memberi 'nafas' pada tunas ....tp ikatan bahagian bawah boleh dibiarkan dahulu bagi memeastikan cantuman kita betul-betul sudah melekat atau berjaya.
So....kena tunggu 25-30 hari lagi, adakah cubaan kedua saya ni berjaya atau tidak.... doa dan tawakal je le....
Insya Allah satu lagi teknik akan saya cuba buat pada pokok yang lebih besar iaitu teknik sanding...