Tuesday 27 March 2018

Cubaan menterbak lintah

Selepas kegagalan menternak keli, pakcik cuba pula menternak lintah....sama le, aku hanya memberi sedikit modal dan lebih banyak sokongan moral je....modal agak besar juga yang mana perlu membeli tangki air yang besar, kos makanan dan harga benih lintah...tak silap pada waktu tu seekor berharga 40-45 sen mengikut saiz.

Saiz benih yang dibeli

 Benih lintah

Kapur perlu diletakkan disekeliling tong agar lintah tidak memanjat keluar untuk melarikan diri kerana belum menyesuaikan diri pada keadaan baharu

4 buah tangki air yang besar sebagai permulaan dan diletakkan dibawah bangsal

Di bahagian bawah diletak tanah dan pokok kiambang sebagai penaung

Lintah berkumpul di tepi tong

Benih-benih lintah

Benih lintah yang dibeli dari Negeri Sembilan


Membela lintah sebenarnya lagi rumit dari membela ikan keli.... Lintah akan mati atau lari jika PH dan suhu air yang tidak sesuai dan sebagainya. Makanan utamanya adalah darah belut atau ikan keli hidup yang diletakkan dalam jaring khas . Belut atau ikan keli besar diberi seminggu sekali bagi setiap tong. Harga belut juga agak mahal sekitar RM6-10 seekor dan sukar diperolehi.

Projek ini juga gagal disebabkan pengetahuan mengenai lintah agak kurang, tiada kursus khas dihadiri bagi menternak lintah. Belajar teknik menternak hanya dari website dan blog sahaja. Pada sesiapa yang ingin menternak lintah disarankan anda menghadiri kursus khas.


Cubaan menternak keli...

Projek ni diusahakan oleh salah seorang pakcik di kampung sekitar tahun 2012..... aku tolong beri sokongan moral je ..... tolong bersihkan kolam jika balik kampung dan sebagainya. Pakcik hanya buat 1 cycle je sebab katanya modal banyak tetapi hasilnya tidak seberapa....kos makanan (dedak) agak tinggi dimana ikan keli kuat makan.

3 kolam kanvas

Proses membersihkan kolam bagi memperoleh kualiti ikan yang bersih

Anak keli yang kekenyangan

Proses mengasingkan anak keli yang kecil dan besar bagi mengelakkan ikan yang kecil mendapat makanan yang ditabur

Sebenarnya kos makanan boleh dikurangkan dengan memberi makanan lain seperti ayam yang telah direbus. Di kampung terdapat beberapa penternak ayam so ayam yang mati boleh dibeli dengan harga murah untuk dijadikan makanan tambahan keli (kata pengusaha keli lain). Tetapi kerja tambahan perlu dibuat iaitu ayam tersebut perlu dibersihkan dan direbus dahulu sebelum digantung pada kolam keli. Memandangkan pakcik berkerja sepenuh masa dan menternak hanya sekadar suka-suka maka dia tak buat kaedah tersebut, lagi pun air kolam akan cepat busuk apabila menggunakan kaedah ini. Maka pakcik lebih rela menggunakan dedak sebagai makanan utama keli. Kesian pada pakcik sebab pulangannya tidak berapa lumayan, oleh tu dia tidak teruskan menternak keli.......

Terpaut hati di kolam....

Ni le pengalaman yang diceritakan pada post yang lepas....


Setelah memceburi dunia pancing sejak setahun lalu telah banyak lokasi memancing diterokai bermula dengan memancing spesis ‘kepala ular’ di kampung diikuti memancing udang galah di Kota Tinggi, memancing di kelong, rumah rakit, memancing dari atas bot, memancing di bawah jambatan kedua Malaysia-Singapura. Semuanya memberi pengalaman berguna bagi menambah kemahiran memancing tetapi pancingan kolam tidak pernah dicuba walaupun telah mengetahui terdapat banyak kolam berbayar disekitar Johor Baharu.  Ini kerana pada pandangan awalku, pancingan kolam tidak ‘trill’, tidak memcabar selain kos pancingan kolam agak mahal dan tidak tahu teknik apa yang digunakan. Setelah membaca beberapa artikal dari majalah pancing, hati  terdetik untuk memcuba apatah lagi ada rakan yang mengajak dan sudi menurunkan ilmu.

Dan, pada hari yang dirancang, kami menuju ke sebuah kolam di Taman Perling. Pada pagi tersebut merupakan kali pertama aku memancing kolam dengan kelengkapan set joran medium hard, tali mono 30lbs serta mesin berskala 6000 (macam nak mancing laut... maklum le tu je yang ada dalam stor). Oleh kerana tiada pengalaman memancing kolam maka perambut serta pelampung dipinjamkan oleh rakan.

Setelah semua kelengkapan disediakan serta membayar 'yuran' memancing maka kami dibenarkan masuk. Perasaan amat teruja untuk membuat balingan pertama dengan berumpankan udang segar atau udang kopek. Tidak sampai setengah jam balingan dibuat, pelampung hilang dipermukaan air lalu satu rembatan padu dibuat tetapi rabut disebabkan kegopohan sendiri. Setelah umpan ditukar maka balingan di tempat yang sama dibuat dan tidak lama kemudian pelampung hilang sekali lagi dan kali ini rembatan dibuat dengan hati-hati dan hasilnya seekor jenahak anggaran 1++kg berjaya dinaikkan.  Sepanjang sesi pancingan hari tersebut, kami hanya berjaya menaikkan 2 ekor jenahak.

Jenahak pertama menancing kolam air masin

Hasil kami, seorang seekor

Selepas hari tersebut, diriku macam terkena ‘karen’ kolam, hati telah terpaut. Segala sangkaan awal terhadap pancingan kolam meleset sama sekali. Banyak kelebihan memancing kolam antaranya masa pancing boleh ditentukan, kos lebih kurang memancing dilokasi lain malah lebih murah jika dikira secara keseluruh sesuatu trip menancing (kos pengangkutan, minyak, sewaan bot, umpan, tol  dan sebagainya), kos set peralatan agak murah malah ikan pancingan adalah kelas A (jenahak, merah, kerapu, siakap, bawal, gelama taiwan dan lain-lain), hal keselamatan juga memberi kelebihan malah perlawanan ikan tidak kurang hebatnya dengan penggunaan set yang besesuaian.

Pancingan kolam juga memerlukan kemahiran tertentu, jika tidak kes rabut sering berlaku.  Kini pancingan kolam telah menjadi pilihan utamaku  jika ada masa terluang. Tetapi setiap pemancing mempunyai pandangan masing-masing, tepuk dada tanya selera..... dan terima kasih kepada En. Taufik yang memperkenalkan dan mengajar teknik pancingan kolam.

Hasil trip susulan.....

Lepas trip pertama tu....boleh katakan seminggu 2-3 kali ke kolam ni mancing......


Tidakku Sangka, Masih Ada Lagi……


Artikel dalam majalah Pancing (lupa tarikh dan isu)

Sejak awal tahun 2009 lagi aku dengan seorang kawan merancang memancing udang galah di Sungai Sedili, Kota Tinggi. Aku cukup teruja dan bersemangat kerana aku pernah mengalami pengalaman beberapa kali memancing di sana dengan pakcik-pakcikku (sekitar tahun 1994), hasilnya cukup memuaskan. Lantas aku membeli 2 set pancing udang galah dengan kos sekitar RM200. Entah kenapa rancangan kami tidak dapat dilaksanakan kerana pelbagai halangan, tarikh yang tidak sesuai le.., dah ada tarikh yang ‘ngam’ bot sewaan pula tiada, bukan musim udang le.., kemarau air jadi masin dan diakhiri dengan halangan musim tengkujuh. Akhirnya, set pancing yang dibeli hanya tersimpan di dalam stor.

Sempena cuti Krismas (2011) yang lalu, entah bagaimana aku teringat set pancingku di dalam stor. Lalu aku  terpanggil untuk menduga tali air di kampungku yang mana kali terakhir aku memancing semasa aku di zaman sekolah menengah sekitar tahun 80-an. Aku boleh dikatakan setiap bulan balik ke kampung, cuma tidak tergerak untuk memancing walaupun ramai kaki pancing menacing puyu, haruan serta talapia. Malah ada kaki pancing yang datang dari Melaka untuk mencari puyu. Sebelum bertolak balik ke kampung, aku membeli katak plastik berwarna kuning dengan mata kali Seahawk bersaiz 1/0.

Sampai sahaja di kampung sekitar 4.30 petang, aku terus memasang peralatan pancingku, kombinasi kekili Tomman Megaronic 2000 dengan joran teleskopik berukuran 5 kaki serta tali Cobra 20lb. Aku terus menuju ke tepi tali air depan rumahku, tidak sampai 15 minit, satu sambaran  tetapi tidak mengena. Lalu aku lontar sekali lagi…. dan satu sambaran yang agak kasar, mengigil dibuatnya munkin kerana hampir sedekad aku tidak memancing haruan. Tanpa menunggu lama, aku menggarau kekeli dengan laju sebab aku tahu tali yang digunakan tidak boleh bertahan lama (tali lama). Tekaanku memang tepat, sampai sahaja di tebing taliku putus tetapi aku sempat menarik baki tali tersebut.

Aku betul-betul terkejut bila ikan haruan yang aku perolehi seberat 1.6kg, aku fikirkan tiada lagi ikan sebesar itu di kampungku kerana tidak pernah melihat kelibat ikan sebesar itu sebelum ini semasa aku membersihkan deretan tebu di tepi tali air. Seingatku, sekitar tahun 80-an memang banyak ikan haruan bersaiz mega di kampungku dan ikan sebesar betis orang dewasa adalah ikan paling besar pernah aku pancing. Dulu aku akan kumpulkan ikan haruan yang dipancing dan akan dijual dengan seorang apek tua (Ah Lian panggilan orang kampung). Dapat RM5 pun rasa sangat besar pada waktu laaaa....

Ini le dia yang buat suspen......

Aku makin bersemangat, umpan katak plastik aku masih boleh digunakan, aku teruskan memancing. Sedang leka memancing, telefon bimbitku berbunyi, kawan sekampung menanggilku untuk bermain bolasepak persahabatan… apa lagi aku terus simpan pancingku kerana memancing hanya untuk suka-suka sahaja. Tetapi aku masih terkejut kerana masih ada ikan haruan bersaiz 'mega' di kampungku walaupun ramai kaki pancing silih berganti menduga tali air tersebut.

Monday 26 March 2018

Petua halau monyet

Masalah monyet sering dihadapai oleh orang yang tinggal berhampiran dengan habitat haiwan ni...contohnya belukar, kawasan pinggir hutan. Monyet ni jenis spesis yang 'nakal' yang suka merosakan harta benda kita terutamanya tanaman. Aku tak terkecuali....

Sejak 2013 lagi masalah monyet ni menghantui aku....habis tanaman pisang yang cuba diusahakan habis dikerjakannya...malah monyet dengan babi hutan ni macam 'tag team' lak..... minggu ni babi masuk...minggu depan monyet lak...... apatah lagi dusun buah yang diusahakan terdapat macam-macam jenis buah...cempedak, pulasan, durian....berpesta le diaorg kalau musim buah..... boleh dikatakan sejak memilik tanah yang 'sekangkang kura-kura' xpernah merasa buah dengan sempurna apatah lagi cempedak n durian....masih putik lagi habis digugurkanya.....

Telah bermacam-macam petua dan kaedah dari rakan-rakan dan FB digunakan untuk menghalau monyet ni....antaranya:

  1. Kacang tanah 'berlada'
  2. Belacan
  3. Kawat duri penjara
  4. Patung harimau
  5. Ular getah
  6. Gantungkan CD sepanjang pagar
  7. Gantungkan plastik berwarna merah sepanjang pagar
  8. Pagar Elektrik
  9. Gel kencing harimau
  10. Minyak kibas
  11. Ubat gegat
  12. Ubat gegat +belacan
Antara banyka-banyak petua dan kaedah yang berkesan adalah menggunakan pagar elektrik (samaada menggunakan tenaga solar atau elektrik dari rumah). Tetapi masalah menggunakan tenaga solar ni pulak 'monyet kepala hitam' lak yang rembat bateri....huhuhuu

Last-last geram punya pasal masukkan elektrik ke kebun....alhamdulillah. Tapi monyet tidak dapat dicegah masuk 100%...masih ada yang berjaya masuk tetapi tidak le satu battalion macam sebelum ini. Monyet yang masuk tu pon hanya 'chip-chip' dia je.... ini kerana masih terdapat pokok-pokok berhampiran/bersebelahan kebun yang boleh digunakan untuk melompat. Dan musim durian n pulasan pada tahun lepas dapat le merasa ......


Durian kg je....
Pulasan yang manis n tebal isinya....

Sesiapa yang nak tahu petua atau kaedah menghalau monyet boleh le beri komen anda pada ruangan komen.... nak pasang pagar elektrik pon boleh.......



'ibu' pagar elektrik.....

Monday 12 March 2018

Sambungan cerita penglibatan dalam dunia hanyir ni....

Setelah sekian lama tak mancing...(dalam post yang lepas)....timbulnya semula minat mancing ni bila tiba-tiba salah seorang pakcikku memberikan beberapa joran dan mesin. Tapi time tu...simpan je sbb area Skudai ni xtau nak mancing kat mana. Ada gak gi mancing dengan member ofis (Mail) kat Second-link....tapi hasilnya tak seberapa...layan tanbam je waktu.... Si Mail le ni banyak memberi tips memancing....maklum le dia ni memang kaki mancing sampai ke pelantar minyak di Terengganu.
Sejak dari tu, mula membeli alat-alat pancing yang "betul' ....sebenarnya sebelum ni...pakai joran yang sama untuk semua...macning laut, manicng sungai.....rupa-rupanya ada macam-macam teknik....huhuhuhu....

Casting (teknik mengilat) adalah satu kaedah memancing dengan membuat lontaran umpan atau gewang ke sasaran kemudian mengarau kembali tanpa perlu menunggu umpan jatuh ke dasar atau diragut ikan.
Umpan yang digunakan untuk mengilat adalah seperti ikan, udang dan jenis serangga/haiwan. Umpan tiruan adalah replika gewang dan sesudu (spoon).
Ikan biasanya menerkam umpan atau gewang yang dilontar ketika proses mengarau. Teknik ini sesuai untuk aktiviti siang hari atau di kawasan terang. Jika mengilat sebelah malam, gunakan replika lut sinar.

Popping – Teknik ini lebih mirip seperti casting. Bezanya ialah penggunaan replika umpan tiruan yang berbeza. Teknik ini menggunakan ‘popper’ yang pelbagai bentuk dan jenis. Popper akan menghasilkan bunyi ‘poop’ ketika proses mengarau selepas lontaran.
Karauan untuk aktiviti popping lebih pantas berbanding casting supaya popper yang dikarau akan melanggar ombak/ permukaan air lalu mengeluarkan bunyi. Bunyi yang dihasilkan ini pula akan menarik perhatian ikan yang berkeliaran di kawasan berhampiran. Teknik ini boleh dilakukan siang atau malam.
Teknik ini banyak meniru pergerakan ikan terbang di permukaan air.

Jigging – Teknik ini mengilat secara mengujun (henjut) menggunakan umpan tiruan yang di panggil ‘jig’. Jig biasanya diperbuat daripada kepingan timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat dengan warna garang dan terang yang luminous atau lutsinar.
Teknik ini memerlukan ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing perlu beraksi sepanjang masa bagi mengunjun jig supaya ia menjadi efektif. Jig akan dihulurkan ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi sambil mengujun joran berselang seli ketika proses karauan laju. Teknik yang menjadi kegilaan masa kini boleh dilakukan sama ada siang dan malam.

Bottom fishing – (pancing dasar) berkait rapat dengan teknik memancing menggunakan umpan dengan kaedah tradisional. Umpan perlu dilabuhkan ke dasar dengan sasaran tertumpu kepada spesies ikan dasar. Boleh dipraktikkan di kolam, sungai, tasik dan laut mengikut keadaan semasa. Sesuai dilakukan siang dan malam.

Drifting – (menghanyut) umpan terutama umpan hidup. Ia perlu dilepaskan ke sasaran tanpa menggunakan ladung. Pelampung dan belon sering digunakan. Ia sesuai di perairan yang berarus sederhana dan berangin. Boleh dilakukan siang dan malam.

Trolling – (menunda) umpan ikan, sotong mahupun gewang. Tundaan ini pada kelajuan perlahan antara 5 hingga 10 batu nautika sejam bergantung kepada jenis gewang yang digunakan. Perlu diketahui, ada gewang yang tidak boleh beraksi pada kelajuan tinggi dan sebaliknya. Lebih popular dilakukan siang hari.

Mula serius meancing ni bila seorang member Futsal (Taufik) pelawa mancing kolam di Taman Perling (kolam Zul)....tu le 1st time nak mancing kolam air masin. Dari si Taufik ni belajar macam-macam dari ikat perambut mancing kolam, set joran, saiz mesin dan umpan.


Dan berpunca dari sini le 'gian' memancing menjadi-jadi.... apa taknya, 1st time mancing kolam dah dapat jenahak 2++kg....gigil dia sampai sekarang wooooo....(hihihi...tipu je). Joran pemberian pakcik tu walaupun xsesuai mancing kolam tapi dapat ikan besar.....

Sangkar Kolam Zul...port favorite tepi sangkar tak pernah menghampakan

Lepas kejadian tu, terus ajak Taufik ke kedai pancing di Taman Permas Jaya untuk beli set kolam... joran je dah RM200++ tapi memang best layan ikan.....Dan kebetulan masa tu saya sedang 'cuti belajar' so banyak masa untuk mancing. Harga waktu itu 5 jam RM48 + RM3 (jackport), mula dibuka pukul 9.00pagi.

Sejak itu, selalu set dengan Taufik atau Zul (kawan Futsal gak) untuk mancing kolam dan setiap kali mesti ada hasil...siakap, ikan merah, jenahak. Kadang-kadang seminggu 2-3 kali gi ke sana, samaada dengan Taufik atau sendirian. Pernah sekali peti ais penuh dengan ikan. 

Kolam Zul pada waktu itu akan tutup pada setiap hari Rabu (sekarang dah tak dah), boleh dikatakan saya akan ke sana setiap hari Khamis kerana ikan tidak makan seharian so bila memancing selalunya tidak menghampakan. Dan setiap hari Khamis hujung bulan, kolam Zul akan adakah 'JackPort' dan pernah mendapat tempat ke-2 dengan kerapu seberat 3++kg dan terus jual kepada seorang peraih ikan dengan harga RM15/kg.....rezeki dapat Jackport RM150 + RM60 (jualan ikan)......tu le 1st time dapat kerapu.

Selain mancing kolam, kadang-kadang layan casting haruan di area kampungku di Pontian. Bosan-bosan layan rakit dan sekarang dah ramai geng mancing dan pernah mancing sampai ke kepulauan di Terengganu. Kong-kong, sungai Tiram (Nam Heng), Pendas Laut antara lokasi memancing jika ada kelapangan. Tapi rasanya dah lama xmancing kolam sebab asyik kumpau je.....huhuhuhuu


Saturday 10 March 2018

Merakit di Pendas 9 Mac 2018

Entah kenapa sejak kebelakangan ni tiap minggu nak memancing...munkin sebab kurang mendapat perhatian isteri kot....hihihihi....

So satu trip mengejut untuk merakit....call member (Zul) dia setuju. Call tuan punya rakit baharu di Pendas Laut Gelang Patah bagi bertanyakan kekosongan rumah rakit pada malam Jumaat tersebut tapi hampa kerana telah ditempah oleh geng Cikgu Muiz (geng mancing gak ni).... Ingat nak 'menyelit' kat geng diaorg tapi ramai sangat 12 orang. Oleh kerana 'gian' terpaksa rangcangan di ubah ke rumah rakit lain iaitu rakit Pak Amir di Pendas Laut gak....

Sebelum mahgrib kitaorg  (aku, Zul dan Am) dah sampai ke jeti berbekalkan umpan udang hidup, perumpun dan sedikit udang kopek. Kami bertiga sahaja pada mlm tu....syok le sbb boleh pusing keliling rakit tu....ketika kami sampai air mulai surut perlahan.....

Lepas sembahyang mahgrib, jaring ketam diturunkan dulu dengan berumpankan hirisan ikan kembung batu......harap-harap ada le ketam bunga pada hari tersebut. Dengan berumpankan udang hidup dan perumpun, masing-masing memasang 3 joran.

Prinsip kitaorg dimana ada air di situ ada ikan (sebab xpandai baca jadual air daaa)...so mengharap pada nasib je le ni......

Senyap je....malam tu....gelama n duri pon xsudi mencuit umpan kitaorg.... sesekali ada gak getuan pada hujung joran tapi bile ditarik umpan habis....(tu le...ikut lagi prinsip tu kata dalam hati)... tapi xkisah le...janji dapat campak joran n nikmati suasana muara yang damai......

Menjelang pukul 12 malam air mula pasang....masih tiada lagi ikan didaratkan....sesekali check jaring ketam.... yang ada ketam batu je.....Zul dapat seko ketam bunga....wah sudah ada petanda....tp tu je le seko....huhuhuhu

Mata mula mengantuk tetiba joran Zul disentap lembut beberapa kali...ingatkan tak ada ikan...tarik dapat tanda seko....dalam pukul 11 lebih setapan kasar joran Zul....layan punya layan.... belukang daaaa.... hilang ngantuk jap..... tidak lama kemudian, joran Zul lagi di sentap....kali ni baru le best....Mangrove Jack daaaa........ lagi-lagi Zul.....

Mangrove Jack....kitaorg panggil kambing sebab munkin tarikan dia mcm kita tarik kambing balik kandang kot.....hahahaha

Wah!...ini sudah baik....masing-masing bersemangat semula..... tapi keadaan terus senyap...... maka bantal dicari sekitar jam 3 pagi.... tapi respect pada Zul le....walaupun xde ikan dia tetap menunggu.....

Jam 6 pagi tersadar dari tidur...terus sembahyang subuh dan set joran ke posisi air surut....masih xde sentapan dari penghuni dasar....sekitar 7 pagi (time nak balik) baru le dapat 2 ekor semilang ....ingatkan mem'bangau' hari ni....alhmdulillah masih ada rezeki.... betul le prinsip tu..."di mana ada air, di situ ada ikan".....

Hasil yang tak seberapa.....

Rakit baharu di Pendas Laut: Rakit Suwarno

Tuesday 6 March 2018

Imbau kembali....

Sambungan post pertama..... sebenarnya sejak kecil lagi suka menangkap ikan dan udang sebab pakcik-pakcikku suka membawaku menjala ikan atau udang. Aku mempunyai 5 orang pakcik, 3 daripadanya suka membawaku menjala atau mencing. Di kampungku terdapat pintu air bagi mengawal kemasukkan air masin ke taliair. Terdapat 4 pintu air di hujung kampungku dan di situ le selalunya pakcikku membawaku menjala ikan belanak, udang galah atau udang gantung (tak pasti tempat lain dipanggil apa?) mengikut musim. Kalau menjala udang galah di pintu air (kawasan paya bakau) pakcik akan menjala di tengah anak sungai sambil meredah air dan selut paras pinggang manakala aku ditugaskan untuk memunggut udang dari gigi air (meredah selut paras lutut....huhuhu) yang dicampak ke tepi oleh pakcikku.... kadang-kadang menjala udang naik perahu, lega le sikit. Kalau menjala ikan belanak hanya didepan pintu air atau dari tebing taliair sahaja.

.Ni le dia pintu air utama di kampungku

Jika musim semilang, waktu tu hanya pancing dekat pintu air ni sahaja....time tu musim semilang selalunya antara bulan November - Disember....sekarang dah xde doh!.......kena sewa bot mancing di muara sungai.

Tak kenal udang galah tak tau le....

Ni le udang gantung tu...comel-comel saiznya
Belanak kalau masas asam pedas...peh!....

Jika musim kemarau, pintu air akan dibuka bagi memastikan taliair tidak kering, dan pada masa inilah air di taliair akan menjadi payau. Apabila pintu air dibuka ikan serta udang akan masuk sekali dan selalunya pada keadaan ini terdapat banyak udang galah, ikan belanak dan bulan masuk sekali. Bila udang ada di taliair terdapat dua kaedah menangkapnya iaitu dengan menjala atau menombak pada malam hari.
Contoh tombak udang

Kalau menombak udang selalunya pakcik aku tak benarkan ikut kerana risiko pada waktu malam. Selalunya pakciku buat sendiri tombak udang dari batang lidi basikal dan diikat pada kayu. Udang akan bermain gigi air dan apabila disuluh matanya akan bersinar memudahkan untuk ditombak.

Monday 5 March 2018

Sejarah awal.....

Minat memancing sebenarnya sejak kecil lagi sekitar tahun 1980-an....bermula dengan memancing puyu dan haruan di taliair depan rumah atukku di kampung dulu.....(menumpang rumah atuk je dulu sebab tak de umah sendiri....huhuhuhu) biasa le budak kampung....di kampung ada musim-musim tertentu contohnya musim main gasing, main gasing je......main getah, main getah je...., galah panjang dan lain-lainlah.... tp musim mancing sepanjang tahun wooooo. Joran pun dari buluh yang dikeringkan.... kebetulan di belakang rumah atukku ada rumpun buluh pancing..... memang ngam le.... umpan mancing puyu, cacing je....tapi kalau malas nak gali cacing, tepung diuli dengan air dijadikan umpan....syok woooo kalau diimbau kembali memancing zaman kanak-kanak..... tu belum cerita lagi memancing ikan pelaga (munkin di coretan lain)......



Tapi masuk alam sekolah menengah (1990-an) dah mula tinggalkan alam memancing munkin sebab sibuk dengan awek kot....(tapi time tu rasanya xde awek....huhuhuhu)...atau tak macho le duk tepi taliair mancing....... masuk alam pekerjaan lagi le...mancing terus dilupakan...kemudian sambung belajar di UiTM Lendu Alor Gajah....time ni ada gak mancing belakang rumah sewa kat Kelemak dulu....dapat ikan lundu/duri je...huhuhuhu

Lepas tamat pengajian tahun 2000, terus berkerja di sekitar JB. Ahamdullilah dpt tawaran kerja di UTM sekitar tahun 2001. DAN minat memancing mula timbul pada tahun 2009....jeng..jeng...jeng..... (tunggu sambungannya.....)