Tuesday, 6 March 2018

Imbau kembali....

Sambungan post pertama..... sebenarnya sejak kecil lagi suka menangkap ikan dan udang sebab pakcik-pakcikku suka membawaku menjala ikan atau udang. Aku mempunyai 5 orang pakcik, 3 daripadanya suka membawaku menjala atau mencing. Di kampungku terdapat pintu air bagi mengawal kemasukkan air masin ke taliair. Terdapat 4 pintu air di hujung kampungku dan di situ le selalunya pakcikku membawaku menjala ikan belanak, udang galah atau udang gantung (tak pasti tempat lain dipanggil apa?) mengikut musim. Kalau menjala udang galah di pintu air (kawasan paya bakau) pakcik akan menjala di tengah anak sungai sambil meredah air dan selut paras pinggang manakala aku ditugaskan untuk memunggut udang dari gigi air (meredah selut paras lutut....huhuhu) yang dicampak ke tepi oleh pakcikku.... kadang-kadang menjala udang naik perahu, lega le sikit. Kalau menjala ikan belanak hanya didepan pintu air atau dari tebing taliair sahaja.

.Ni le dia pintu air utama di kampungku

Jika musim semilang, waktu tu hanya pancing dekat pintu air ni sahaja....time tu musim semilang selalunya antara bulan November - Disember....sekarang dah xde doh!.......kena sewa bot mancing di muara sungai.

Tak kenal udang galah tak tau le....

Ni le udang gantung tu...comel-comel saiznya
Belanak kalau masas asam pedas...peh!....

Jika musim kemarau, pintu air akan dibuka bagi memastikan taliair tidak kering, dan pada masa inilah air di taliair akan menjadi payau. Apabila pintu air dibuka ikan serta udang akan masuk sekali dan selalunya pada keadaan ini terdapat banyak udang galah, ikan belanak dan bulan masuk sekali. Bila udang ada di taliair terdapat dua kaedah menangkapnya iaitu dengan menjala atau menombak pada malam hari.
Contoh tombak udang

Kalau menombak udang selalunya pakcik aku tak benarkan ikut kerana risiko pada waktu malam. Selalunya pakciku buat sendiri tombak udang dari batang lidi basikal dan diikat pada kayu. Udang akan bermain gigi air dan apabila disuluh matanya akan bersinar memudahkan untuk ditombak.

No comments:

Post a Comment