Sejak 2013 lagi masalah monyet ni menghantui aku....habis tanaman pisang yang cuba diusahakan habis dikerjakannya...malah monyet dengan babi hutan ni macam 'tag team' lak..... minggu ni babi masuk...minggu depan monyet lak...... apatah lagi dusun buah yang diusahakan terdapat macam-macam jenis buah...cempedak, pulasan, durian....berpesta le diaorg kalau musim buah..... boleh dikatakan sejak memilik tanah yang 'sekangkang kura-kura' xpernah merasa buah dengan sempurna apatah lagi cempedak n durian....masih putik lagi habis digugurkanya.....
Telah bermacam-macam petua dan kaedah dari rakan-rakan dan FB digunakan untuk menghalau monyet ni....antaranya:
- Kacang tanah 'berlada'
- Belacan
- Kawat duri penjara
- Patung harimau
- Ular getah
- Gantungkan CD sepanjang pagar
- Gantungkan plastik berwarna merah sepanjang pagar
- Pagar Elektrik
- Gel kencing harimau
- Minyak kibas
- Ubat gegat
- Ubat gegat +belacan
Antara banyka-banyak petua dan kaedah yang berkesan adalah menggunakan pagar elektrik (samaada menggunakan tenaga solar atau elektrik dari rumah). Tetapi masalah menggunakan tenaga solar ni pulak 'monyet kepala hitam' lak yang rembat bateri....huhuhuu
Last-last geram punya pasal masukkan elektrik ke kebun....alhamdulillah. Tapi monyet tidak dapat dicegah masuk 100%...masih ada yang berjaya masuk tetapi tidak le satu battalion macam sebelum ini. Monyet yang masuk tu pon hanya 'chip-chip' dia je.... ini kerana masih terdapat pokok-pokok berhampiran/bersebelahan kebun yang boleh digunakan untuk melompat. Dan musim durian n pulasan pada tahun lepas dapat le merasa ......
Durian kg je....
Pulasan yang manis n tebal isinya....
Sesiapa yang nak tahu petua atau kaedah menghalau monyet boleh le beri komen anda pada ruangan komen.... nak pasang pagar elektrik pon boleh.......
'ibu' pagar elektrik.....
saya berminat nak pasang pagar elektrik. sambung dari rumah. agak2 brapa cost? luas kebun ~ 0.8 ekar. TQ
ReplyDeleteNak kira kos kena tgk kawasan dan nak guna isolator ke atau pakai paip PVC je....kalau pakai isolator kena beli kayu so kos agak mahal sikit.... kalau setakat 0.8 ekar 2 gulung tali kawad dah cukup utk 3 atau 4 layer.....sebenarnya senang je buat sendiri,,,
DeleteMaaf lambat baca. Kos kasar dalam RM1k (energizer jenama Thailand atau Malaysia RM250-RM300, polywayar 500 meter RM130 bergantung kepada berapa lapis kita nak buat, besi copper 3 batang RM130, Fence tester RM90... pada peringkat awal sy guna bateri n kuasa solar...tu yg jejak RM1k....
ReplyDeleteKami try boh pukat 3 lapis berselang seli kat perdu pkk..kot2 mnjadi....baru cuba taun nie
ReplyDeletealamak bnyk nak beli pukat sbb mesti le kena letak keliling kebun...1.5 ekar.....kebun sebelah ada gak tgk letak kat bahagian belakang je tp xberkesan sbb ada laluan lain....tu yg sy kata kena letak keliling kebun....
DeleteBeli pukat pon mahal.. Letrik je yg ok
ReplyDeleteye betul....
DeleteKalau terkena manusia bahaya tak pagar letrik Ni?
ReplyDeletexde apa...dia bkn mcm letrik kat umah tu.... lebih kepada terkejut je...bnyk kali gak terkena sbb lupa tutup suis....
DeleteAssalamualaikum bang,,, boleh abang bagitahu contact no atau kat mana abang beli peralatan untuk buat pagar elektrik. Harap boleh tolong wasap saya. Terima kasih. Assalamualaikum
ReplyDeletesy beli online dah lama dah nanti sy check balik no dia....
Deletesori lambat balas sbb lama xbuka blog ni....huhuhuhu
Mana nak dapatkan supplier pagar elektrik ni ye?
ReplyDeleteKalau pandai pasang beli kat shoppe je
DeleteSekarang dah bnyk dah....taip je kat mudah atau FB ada je
ReplyDeletesalam alaik. klu keluas 1 ekar, brp agaknya kos memasang pagar spt ini
ReplyDeleteWsalam. Xsampai 1k kalau guna bahan basic saja....enigizer, wayar, isoleter, PVC
DeleteKalau ikutkan alatan utama adalah Energizer (RM250-RM500 ikut jenama), 3 batang copper (RM130 harga lama..xtau harga sekarg), wayer polly (segulung RM250-500m), isolator (diperlukan di penjuru kebun), isolator biasa (jika gunakan tiang kayu atau simen) kalau guna batang PVC xperlu isolator), bateri kereta jika tiada belakan elektrik.....modal dulu sy dlm RM1.3k sbb guna sistem solar n bateri.....
DeleteDuduk mana bang? Nak berguru. Datang naik motor jumpa minum2 jap lah
ReplyDeletesaya area JB atau Pontian....
DeleteTak setel lagi hal pagar. Tanah baru nak bersihkan. Macam2 dok pikir malam2. Mana ok pakai c channel atau pvc paip? Memang bailbindan monyet berkesan la ye? Kalau ular camana bang? Org kata tanam serai? Ada pagar ular tak
Deletepenggunaan PVC paip atau isoletor bergantung pd keadaan.... kalau ada pokok besar yg bersebelahan agak susah nak control monyet 100%....kalau babi insya Allah...ular? mmng ada tp jarang jumpa....
Delete