Tuesday, 27 March 2018

Terpaut hati di kolam....

Ni le pengalaman yang diceritakan pada post yang lepas....


Setelah memceburi dunia pancing sejak setahun lalu telah banyak lokasi memancing diterokai bermula dengan memancing spesis ‘kepala ular’ di kampung diikuti memancing udang galah di Kota Tinggi, memancing di kelong, rumah rakit, memancing dari atas bot, memancing di bawah jambatan kedua Malaysia-Singapura. Semuanya memberi pengalaman berguna bagi menambah kemahiran memancing tetapi pancingan kolam tidak pernah dicuba walaupun telah mengetahui terdapat banyak kolam berbayar disekitar Johor Baharu.  Ini kerana pada pandangan awalku, pancingan kolam tidak ‘trill’, tidak memcabar selain kos pancingan kolam agak mahal dan tidak tahu teknik apa yang digunakan. Setelah membaca beberapa artikal dari majalah pancing, hati  terdetik untuk memcuba apatah lagi ada rakan yang mengajak dan sudi menurunkan ilmu.

Dan, pada hari yang dirancang, kami menuju ke sebuah kolam di Taman Perling. Pada pagi tersebut merupakan kali pertama aku memancing kolam dengan kelengkapan set joran medium hard, tali mono 30lbs serta mesin berskala 6000 (macam nak mancing laut... maklum le tu je yang ada dalam stor). Oleh kerana tiada pengalaman memancing kolam maka perambut serta pelampung dipinjamkan oleh rakan.

Setelah semua kelengkapan disediakan serta membayar 'yuran' memancing maka kami dibenarkan masuk. Perasaan amat teruja untuk membuat balingan pertama dengan berumpankan udang segar atau udang kopek. Tidak sampai setengah jam balingan dibuat, pelampung hilang dipermukaan air lalu satu rembatan padu dibuat tetapi rabut disebabkan kegopohan sendiri. Setelah umpan ditukar maka balingan di tempat yang sama dibuat dan tidak lama kemudian pelampung hilang sekali lagi dan kali ini rembatan dibuat dengan hati-hati dan hasilnya seekor jenahak anggaran 1++kg berjaya dinaikkan.  Sepanjang sesi pancingan hari tersebut, kami hanya berjaya menaikkan 2 ekor jenahak.

Jenahak pertama menancing kolam air masin

Hasil kami, seorang seekor

Selepas hari tersebut, diriku macam terkena ‘karen’ kolam, hati telah terpaut. Segala sangkaan awal terhadap pancingan kolam meleset sama sekali. Banyak kelebihan memancing kolam antaranya masa pancing boleh ditentukan, kos lebih kurang memancing dilokasi lain malah lebih murah jika dikira secara keseluruh sesuatu trip menancing (kos pengangkutan, minyak, sewaan bot, umpan, tol  dan sebagainya), kos set peralatan agak murah malah ikan pancingan adalah kelas A (jenahak, merah, kerapu, siakap, bawal, gelama taiwan dan lain-lain), hal keselamatan juga memberi kelebihan malah perlawanan ikan tidak kurang hebatnya dengan penggunaan set yang besesuaian.

Pancingan kolam juga memerlukan kemahiran tertentu, jika tidak kes rabut sering berlaku.  Kini pancingan kolam telah menjadi pilihan utamaku  jika ada masa terluang. Tetapi setiap pemancing mempunyai pandangan masing-masing, tepuk dada tanya selera..... dan terima kasih kepada En. Taufik yang memperkenalkan dan mengajar teknik pancingan kolam.

Hasil trip susulan.....

Lepas trip pertama tu....boleh katakan seminggu 2-3 kali ke kolam ni mancing......


1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete