Monday, 12 March 2018

Sambungan cerita penglibatan dalam dunia hanyir ni....

Setelah sekian lama tak mancing...(dalam post yang lepas)....timbulnya semula minat mancing ni bila tiba-tiba salah seorang pakcikku memberikan beberapa joran dan mesin. Tapi time tu...simpan je sbb area Skudai ni xtau nak mancing kat mana. Ada gak gi mancing dengan member ofis (Mail) kat Second-link....tapi hasilnya tak seberapa...layan tanbam je waktu.... Si Mail le ni banyak memberi tips memancing....maklum le dia ni memang kaki mancing sampai ke pelantar minyak di Terengganu.
Sejak dari tu, mula membeli alat-alat pancing yang "betul' ....sebenarnya sebelum ni...pakai joran yang sama untuk semua...macning laut, manicng sungai.....rupa-rupanya ada macam-macam teknik....huhuhuhu....

Casting (teknik mengilat) adalah satu kaedah memancing dengan membuat lontaran umpan atau gewang ke sasaran kemudian mengarau kembali tanpa perlu menunggu umpan jatuh ke dasar atau diragut ikan.
Umpan yang digunakan untuk mengilat adalah seperti ikan, udang dan jenis serangga/haiwan. Umpan tiruan adalah replika gewang dan sesudu (spoon).
Ikan biasanya menerkam umpan atau gewang yang dilontar ketika proses mengarau. Teknik ini sesuai untuk aktiviti siang hari atau di kawasan terang. Jika mengilat sebelah malam, gunakan replika lut sinar.

Popping – Teknik ini lebih mirip seperti casting. Bezanya ialah penggunaan replika umpan tiruan yang berbeza. Teknik ini menggunakan ‘popper’ yang pelbagai bentuk dan jenis. Popper akan menghasilkan bunyi ‘poop’ ketika proses mengarau selepas lontaran.
Karauan untuk aktiviti popping lebih pantas berbanding casting supaya popper yang dikarau akan melanggar ombak/ permukaan air lalu mengeluarkan bunyi. Bunyi yang dihasilkan ini pula akan menarik perhatian ikan yang berkeliaran di kawasan berhampiran. Teknik ini boleh dilakukan siang atau malam.
Teknik ini banyak meniru pergerakan ikan terbang di permukaan air.

Jigging – Teknik ini mengilat secara mengujun (henjut) menggunakan umpan tiruan yang di panggil ‘jig’. Jig biasanya diperbuat daripada kepingan timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat dengan warna garang dan terang yang luminous atau lutsinar.
Teknik ini memerlukan ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing perlu beraksi sepanjang masa bagi mengunjun jig supaya ia menjadi efektif. Jig akan dihulurkan ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi sambil mengujun joran berselang seli ketika proses karauan laju. Teknik yang menjadi kegilaan masa kini boleh dilakukan sama ada siang dan malam.

Bottom fishing – (pancing dasar) berkait rapat dengan teknik memancing menggunakan umpan dengan kaedah tradisional. Umpan perlu dilabuhkan ke dasar dengan sasaran tertumpu kepada spesies ikan dasar. Boleh dipraktikkan di kolam, sungai, tasik dan laut mengikut keadaan semasa. Sesuai dilakukan siang dan malam.

Drifting – (menghanyut) umpan terutama umpan hidup. Ia perlu dilepaskan ke sasaran tanpa menggunakan ladung. Pelampung dan belon sering digunakan. Ia sesuai di perairan yang berarus sederhana dan berangin. Boleh dilakukan siang dan malam.

Trolling – (menunda) umpan ikan, sotong mahupun gewang. Tundaan ini pada kelajuan perlahan antara 5 hingga 10 batu nautika sejam bergantung kepada jenis gewang yang digunakan. Perlu diketahui, ada gewang yang tidak boleh beraksi pada kelajuan tinggi dan sebaliknya. Lebih popular dilakukan siang hari.

Mula serius meancing ni bila seorang member Futsal (Taufik) pelawa mancing kolam di Taman Perling (kolam Zul)....tu le 1st time nak mancing kolam air masin. Dari si Taufik ni belajar macam-macam dari ikat perambut mancing kolam, set joran, saiz mesin dan umpan.


Dan berpunca dari sini le 'gian' memancing menjadi-jadi.... apa taknya, 1st time mancing kolam dah dapat jenahak 2++kg....gigil dia sampai sekarang wooooo....(hihihi...tipu je). Joran pemberian pakcik tu walaupun xsesuai mancing kolam tapi dapat ikan besar.....

Sangkar Kolam Zul...port favorite tepi sangkar tak pernah menghampakan

Lepas kejadian tu, terus ajak Taufik ke kedai pancing di Taman Permas Jaya untuk beli set kolam... joran je dah RM200++ tapi memang best layan ikan.....Dan kebetulan masa tu saya sedang 'cuti belajar' so banyak masa untuk mancing. Harga waktu itu 5 jam RM48 + RM3 (jackport), mula dibuka pukul 9.00pagi.

Sejak itu, selalu set dengan Taufik atau Zul (kawan Futsal gak) untuk mancing kolam dan setiap kali mesti ada hasil...siakap, ikan merah, jenahak. Kadang-kadang seminggu 2-3 kali gi ke sana, samaada dengan Taufik atau sendirian. Pernah sekali peti ais penuh dengan ikan. 

Kolam Zul pada waktu itu akan tutup pada setiap hari Rabu (sekarang dah tak dah), boleh dikatakan saya akan ke sana setiap hari Khamis kerana ikan tidak makan seharian so bila memancing selalunya tidak menghampakan. Dan setiap hari Khamis hujung bulan, kolam Zul akan adakah 'JackPort' dan pernah mendapat tempat ke-2 dengan kerapu seberat 3++kg dan terus jual kepada seorang peraih ikan dengan harga RM15/kg.....rezeki dapat Jackport RM150 + RM60 (jualan ikan)......tu le 1st time dapat kerapu.

Selain mancing kolam, kadang-kadang layan casting haruan di area kampungku di Pontian. Bosan-bosan layan rakit dan sekarang dah ramai geng mancing dan pernah mancing sampai ke kepulauan di Terengganu. Kong-kong, sungai Tiram (Nam Heng), Pendas Laut antara lokasi memancing jika ada kelapangan. Tapi rasanya dah lama xmancing kolam sebab asyik kumpau je.....huhuhuhuu


1 comment:

  1. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik dan menguras emosi
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~

    ReplyDelete