Artikel dalam majalah Pancing (lupa tarikh dan isu)
Sejak awal
tahun 2009 lagi aku dengan seorang kawan merancang memancing udang galah di
Sungai Sedili, Kota Tinggi. Aku cukup teruja dan bersemangat kerana aku pernah
mengalami pengalaman beberapa kali memancing di sana dengan pakcik-pakcikku
(sekitar tahun 1994), hasilnya cukup memuaskan. Lantas aku membeli 2 set pancing
udang galah dengan kos sekitar RM200. Entah kenapa rancangan kami tidak dapat
dilaksanakan kerana pelbagai halangan, tarikh yang tidak sesuai le.., dah ada
tarikh yang ‘ngam’ bot sewaan pula tiada, bukan musim udang le.., kemarau air jadi
masin dan diakhiri dengan halangan musim tengkujuh. Akhirnya, set pancing yang
dibeli hanya tersimpan di dalam stor.
Sempena cuti
Krismas (2011) yang lalu, entah bagaimana aku teringat set pancingku di dalam stor.
Lalu aku terpanggil untuk menduga tali
air di kampungku yang mana kali terakhir aku memancing semasa aku di zaman sekolah
menengah sekitar tahun 80-an. Aku boleh dikatakan setiap bulan balik ke kampung,
cuma tidak tergerak untuk memancing walaupun ramai kaki pancing menacing puyu,
haruan serta talapia. Malah ada kaki pancing yang datang dari Melaka untuk
mencari puyu. Sebelum bertolak balik ke kampung, aku membeli katak plastik berwarna
kuning dengan mata kali Seahawk bersaiz 1/0.
Sampai sahaja
di kampung sekitar 4.30 petang, aku terus memasang peralatan pancingku, kombinasi kekili
Tomman Megaronic 2000 dengan joran teleskopik berukuran 5 kaki serta tali Cobra
20lb. Aku terus menuju ke tepi tali air depan rumahku, tidak sampai 15 minit,
satu sambaran tetapi tidak mengena. Lalu
aku lontar sekali lagi…. dan satu sambaran yang agak kasar, mengigil dibuatnya munkin kerana hampir sedekad aku tidak memancing haruan. Tanpa menunggu lama,
aku menggarau kekeli dengan laju sebab aku tahu tali yang digunakan tidak boleh
bertahan lama (tali lama). Tekaanku memang tepat, sampai sahaja di tebing taliku putus
tetapi aku sempat menarik baki tali tersebut.
Aku
betul-betul terkejut bila ikan haruan yang aku perolehi seberat 1.6kg, aku
fikirkan tiada lagi ikan sebesar itu di kampungku kerana tidak pernah
melihat kelibat ikan sebesar itu sebelum ini semasa aku membersihkan deretan
tebu di tepi tali air. Seingatku, sekitar tahun 80-an memang banyak ikan
haruan bersaiz mega di kampungku dan ikan sebesar betis orang dewasa adalah
ikan paling besar pernah aku pancing. Dulu aku akan kumpulkan ikan haruan yang dipancing dan akan dijual dengan seorang apek tua (Ah Lian panggilan orang kampung). Dapat RM5 pun rasa sangat besar pada waktu laaaa....
Ini le dia yang buat suspen......
Aku makin
bersemangat, umpan katak plastik aku masih boleh digunakan, aku teruskan
memancing. Sedang leka memancing, telefon bimbitku berbunyi, kawan sekampung
menanggilku untuk bermain bolasepak persahabatan… apa lagi aku terus simpan
pancingku kerana memancing hanya untuk suka-suka sahaja. Tetapi aku masih
terkejut kerana masih ada ikan haruan bersaiz 'mega' di kampungku walaupun ramai
kaki pancing silih berganti menduga tali air tersebut.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete