Tuesday, 18 September 2018

Cara mengatasi Tail Blister pada LAT

Punca
Hasil kajian menunjukkan bahawa bakteria yang menyebabkan ekor melecur pada
lobster air tawar  adalah Aeromonas hydrophila dan Aeomonas caviae. Pemberian gentamicin dengan dos yang berbeza berpengaruh nyata terhadap daya hambat bakteria penyebab ekor melecur lobster air tawar.


Ini sering berlaku pada LAT.... 

Tanda-tanda LAT terjangkit

  1. Statik/pasif: Perhatikan LAT anda....jika setatik di satu tempat yang sama dari pagi hingga tengahari (contohnya) tetapi bila diangkat ia masih bergerak-gerak (insang atau kaki). 
  2. Tidak aktif/agresif: bila dikacau atau disentuh ianya tidak memberi repon atau hanya pergerakan minima.
  3. Hujung ekor: ada tanda melepuh/melecur seakan-akan kulit kita terkena api.

Salah satu tanda terkena Tail Blister di hujung ekor terdapat kesan melepuh

Cara mengatasi/merawat
Kaedah 1
  1. Perlu periksa semua LAT anda.
  2. Asingkan LAT yang terkena jangkitan.
  3. Gantikan air kolam anda ATAU tambahkan garam biru pada kolam anda (garam biru boleh diberi di kedai akuarium)
     Garam biru
  4. Picit atau potong ekor yang melepuh LAT yang dijangkiti

  5. Rendamkan dalam air garam 10-15 minit (air garam tidak perlu terlalu masin) atau celupkan ekor yang dijangkiti pun boleh.
  6. Kuarantinkan dalam bekas yang lain terlebih dahulu sehingga tiada lagi tanda-tanda melepuh
Kaedah 2
Dari pembacaan ada juga yang mencadangkan menggunakan Gentamicin

Apa itu Gentamicin ?
Gentamicin biasa berbentuk Salep dan boleh di beli di farmasi

Umumnya digunakan untuk rawatan jangkitan kulit pada manusia seperti impetigo kontagiosa, ektima, furunkulosis. pioderma, psoriasis dan macam-macam dermatitis lain.

Kontra Petunjuk:
Alergi terhadap gentamisina.

Komposisi:
Tiap gram salap mengandung gentamisina sulfatsetara dengan gentamisina 1 mg.

Kandungan:
Gentamisina merupakan suatu antibiotika golongan aminoglikosida yang berkesan untuk menghalang kuman-kuman penyebab jangkitan kulit sekolah rendah mahupun menengah seperti Staphylococcus yang menghasilkan penisilinase, Pseudomonas aeruginosa dan lain-lain.

Cara Penggunaan:
Ubat luar. Sapukan pada luka-luka kulit 3 - 4 kali sehari.

Peringatan dan Perhatian:
Penggunaan antibiotik topikal kadang-kadang menyebabkan suburnya pertumbuhan mikroorganisma yang tidak sensitif terhadap antibiotik, seperti cendawan. Bila hal ini terjadi atau terdapat iritasi, sesitisasi atau superinfection, rawatan dengan Gentamisina harus dihentikan dan harus diberi terapi pengganti yang tepat.

Ubat-ubat bakterisid tidak berkesan terhadap jangkitan kulit yang disebabkan virus dan cendawan.

*Arahan ini bagi digunakan pada manusia ya.

Tapi saya tidak mencuba kaedah kedua ini kerana pasti kaedah yang sebenar. Ramai penternak menggunakan kaedah 1 bagi mengatasi penyakit ini.

Selamat mencuba! 
*jika ada yang menggunakan kaedah kedua bolehlah share di ruangan komen.

Monday, 17 September 2018

Manfaat Daun Ketapang


Munkin sudah ramai yang dah tahu akan kelebihan/manfaat daun ketapang ini. Saya baharu tahu sejak mula membela lobster air tawar (LAT) hasil perkongsian rakan-rakan dalam WhatsApp Group. Pernah juga melihat dikedai akuarium tapi tidak pernah terlintas untuk menanyakan daun apa dan apakah tujuannya, cuma beranggapan ia adalah daun yang biasa bagi ikan untuk berlindung. Rupa-rupanya tidak......

Pokok Ketapang merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara Asia Tenggara yang lain. Nama botaninya Terminalia catappa. Pokok Ketapang merupakan sejenis pokok rendang yang mempunyai daun yang lebar. Oleh itu, ia amat digemari sebagai tempat berteduh atau perlindungan sebab itu banyak ditanam di tepi pantai.

Buah ketapang

Daun ketapang

Pokok ketapang di tepi jalan di kawasan perumahan saya


Pokok ketapang di tepi pantai


Berikut antara manfaat daun ketapang untuk ikan ialah:
  1. Mampu menurunkan nilai Ph/Asid dalam air yang beralkali
  2. Bertindak sebagai pembunuh bakteria yg boleh mendatangkan penyakit kepada ikan
  3. Merawat luka-luka pada ikan
  4. Mencegah ikan dari terkena penyakit
  5. Mengoptimum kesihatan ikan
  6. Merangsang pembentukan buih oleh ikan jantan ketika mengawan serta menggersangkan lagi ikan ketika mengawan
  7. Menyerap serta menyahtoksidkan bahan-bahan kimia yg terdapat dalam air seperti logam berat (tembaga,zink,aluminium,kadmium)
  8. Memastikan ikan  sentiasa/kekal aktif dan sihat
  9. Mencegah fry/anak ikan baru dari terkena penyakit
  10. Ikan akan berasa seperti di habitat semulajadinya yang gelap.
  11. Menggalak pertumbuhan ekor yg cantik serta memulihkan sirip,ekor dan kulit yg rosak
  12. Mengurangkan stres/murung ikan
  13. Suatu keadaan yg nyaman dan selesa untuk ikan

Perhatian/Amaran:
  1. Penggunaan berlebihan daun ketapang boleh menyebabkan nilai Ph air tidak stabil disamping dapat membahayakan nyawa ikan.
  2. Daun yang dipilih mestilah daun yang bersih dan kering. Daun yang belum sepenuhnya kering tidak mendatangkan manfaat malah boleh memberi keburukan kepada ikan.

Cara Penggunaan:
Sekeping daun ketapang yg kering direndam ke dalam bekas/akuarium .Kepingan tersebut boleh dibiar atau dialihkan setelah air bertukar kekuningan bertujuan memberi ruang untuk ikan bergerak.

Untuk penggunaan yg sedikit daun tersebut boleh dipotong menjadi beberapa keping. 2-3 kepingan yang dipotong sudah cukup memadai untuk menukarkan warna air kepada kekuningan

Boleh digunakan ketika ikan  sakit/stres
Juga boleh digunakan untuk ikan yg sihat bagi mencegah daripada terkena penyakit disamping memberi tenaga sampingan. untuk mengawan

Daun ketapang yang kering/gugur

Penggunaan daun ketapang yang baharu diletak pada kolam LAT saya. Dalam 1-2 jam air akan bertukar warna kepada kekuningan.

Tahukan anda bahawa daun ini berharga?
Ianya ada dijual secara online mencecah sehingga RM200++ sekilogram.


Kepada sesiapa yang ingin daun ini boleh hubungi saya. Anda hanya bayar kos penghantaran sahaja.

Sunday, 9 September 2018

Kursus Lobster Air Tawar (LAT)

Saya telah menghadiri kursus LAT bagi menambah ilmu mengenai penternakan LAT ni..... maklum le sebelum ni pakai bela je... Memang dah lama rancang untuk sertai mana-mana kursus mengenai LAT ni tepi semua jauh-jauh...kebanyakannya di KL....kebetulan terjumpa satu promosi kursus LAT di JB dan jatuh pada tarikh cuti, so apa lagi terus daftar nama....

Kursus anjuran Gading Emas Venture (FB:Info Lobster Air Tawar) telah diadakan di Damansara Aliff pada 8/9/2018, dari pukul 10.00 lagi hingga 2.00 petang... seramai lebih kurang 22 orang menghadiri yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan ada peserta yang datang dari Kelantan. Tetapi antara semua peserta tu hanya saya dan seorang peserta dari Air Tawar telah mula membela LAT secara suka-suka.

Banyak ilmu baru telah dikongsikan oleh En Firdaus Nawawi mengenai LAT...dari setting kolam, kualiti air, pemakanan, pembiakan hinggalah pemasaran. Alhamdulillah

En Firdaus Nawawi sebagai penceramah

Peserta kursus LAT JB

Setiap peserta diberikan sepasang induk LAT dan bekalan makanan sebagai permulaan (bagi perserta yang baru bermula). Setelah tamat kursus terdapat beberapa orang peserta membeli LAT tambahan (RM3 seekor). Syarikat ini juga ada menjual EM (Effective Microorganisms) bagi memastikan bakteria jahat tidak menganggu LAT. Didoakan semua peserta berjaya dalam menternak LAT walaupun hanya sekadar 'suka-suka' atau sekala kecil.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus LAT boleh le menghubungi En Fidaus Nawawi atau Gading Emas Venture atau cari di Facebook Info Lobster Air Tawar.

Sunday, 2 September 2018

'Projek' Lobster Air Tawar

As salam...lama tak upload cite....

Sejak kebelakangan ini, Lobster Air Tawar aka LAT orang panggil telah mendapat perhatian umum sama ada di media cetak atau sosial. Sebenarnya ia telah lama diusahakan oleh pengusaha-pengusaha agro ternak di negara kita. Jika kita google, banyak sumber-sumber rujukan  yang dikongsikan mengenainya...

So nak dijadikan cerita, saya telah diberi beberapa ekor LAT oleh rakan lama di bandar penawar sewaktu berkunjung ke dusun beliau untuk dipelihara (sekitar Julai 2017). Oleh kerana diberitahu LAT perlukan oksigen (udara segar) maka tak jadi nak masukkan dalam akuarium. Terpaksa tebal muka minta balik poly tank dari mak mertua. Masukkan air paip n anti klorin, masukkan pokok kiambang dan masukkan beberapa pasang ikan gapi sebab takut nyamuk lak yang membiak... (rupa-rupanya boleh juga sebagai sumber makanan pada LAT).

Sesekali berikan makanan ubi kayu....tetapi agak mahal so ganti dengan kentang yang memang sentiasa ada di rumah. Oleh kerana gunakan poly tank yang original (tiada modifikasi) air terlalu tinggi iaitu hanya 1-2 inci sahaja dari paras tangki....oleh itu LAT boleh menanjat keluar dari tangki (peringkat awal tidak tahu bahawa LAT kuat menanjat). Patut le jumpa seekor terselit di longkang (tak lepas pada gerigi besi longkang)... seekor-ekor hilang.... biarkan saja sebab memang tiada niat nak makan atau nak bela bebetul....dan tidak tahu tinggal berapa ekor dalam tangki tu sebab air terlalu gelap dek lumut.

Selang beberapa bulan kemudian tergerak ingin memindahkan baki udang yang ada pada akuarium, at least boleh le tengok LAT tu... semasa proses memindahkannya....terasa kat tangan n lengan ada benda merayap ingatkan kutu air ....rupa-rupanya anak LAT.....

Niat nak memindahkan ke akuarium dibatalkan...masukkan semula ibu LAT ke tangki asal. Tidak tahu berapa banyak yang telah jatuh atau terbuang semasa membuang air tangki.... alhamdulillah banyak juga anak LAT dapat diselamatkan....

Beli besen besar untuk mengasingkan anak-anak LAT tetapi hanya beberapa sahaja yang survive...(hingga hari ini 21 Ogos 2018).

Pada tarikh ni bermulalah 'Projek LAT' aku....konon-konon perojek laaa....dengan modal RM300-400... beli tangki 3 x 2.5 kaki, tangki penapis, paip PVC, batu karang, arang, pump air guna yang lama.

Tangki tapisan

Sambungan 2 poly tank (1 untuk yg kecil 1 utk yg besar saiz 3 inci ke atas)

LAT lama yg tinggal hanya 2 ekor so tambah 6 ekor beli dari kedai ikan

Anak LAT yang berjaya diselamatkan berukuran 1 inci 

Tempat persembunyian


Harap menjadi le projek ni....amin