Saturday, 6 October 2018

Projek LAT dalam kolam kanvas

Projek pemeliharaan LAT dalam kolam plastik nampaknya kurang berjaya dan boleh dikatakan tidak berjaya 100% disebabkan beberapa perkara. Masalah utamanya LAT 'lari dari rumah', kemahiran/pengetahuan menjaga kualiti air, penyakit tail blister dan lain-lain lagi.... Setiap hari ada je LAT kecundang. Walaupun projek LAT suka-suka ni gagal tetapi pengalaman yang dilalui banyak perkara telah dipelajari

Pada mulanya rasa putus asa gak tapi oleh kerana ada 2 ekor  induk yang bertelur sehingga kini telah berada pada tahap 3 iaitu usia telur 20-23 hari (sehingga coretan ini ditulis).

Perancangan awal  ingin membina kolam simen tetapi oleh kerana masalah-masalah diatas serta bajet kurang maka pemilihan kolam kanvas adalah jalan terbaik (kalau melingkup modal kecil..kanvas boleh buka dan jual atau pelihara ikan talapia ke... keli ke.....huhuhuhu...

Pencarian saiz kanvas yang diingini dilakukan melalui Mudah.com...FB...Shopee dan dengan harga yang berpatutan tempahan dibuat dengan saiz 11x3x3 kaki dari pembekal di Sabah. Dengan harga RM300 siap kos penghataran adalah murah jika dibandingkan tempahan di Semenajung dengan harga RM475.

Sebelum kanvas sampai kerja-kerja menyiapkan rangka kolam dibuat dahulu. Menggunakan kayu terpakai dan baharu...so jadi le rangka kolam....senget pon senget laaa janji hasil tangan sendiri yang amatur.

Frame dah siap tinggal tunggu kanvas sampai...
Setelah seminggu menunggu, sampai le kanvas yang ditempah khas...
Terkurang sedikit ukuran frame yang dbuat... maklum le amatur yang buat.

Proses memasukkan air

 Try test ada kebocoran x?.... budak ni merasmikan kolam....


Rendam Clorox bagi menghilangkan bau plastik....saya rendam dalam 3 hari....

Setelah dipastikan tiada kebocoran, saya rendam kolam dengan Clorox bagi menghilangkan bau plastik...kang pening lak LAT nanti.... Selepas tu rendam dengan air garam lah...3 hari gak bagi menghilangkan kesan-kesan Clorox dan membersihakan kolam dari bakteria-bakteria yang tidak sepatutnya.

Kemudian saya rendam dengan air paip selama 4 hari sambil mesin air berfungsi bagi kitaran air.


Hisan agar kolam sama dengan keaadan semulajadi....

Beberapa jenis lumut antaranya hydrilla yang dibeli di kedai akuarium dan diambil dari sungai. Selain membekalkan okesigen dalam air, ia juga menjadi makanan pada LAT


So pada Jumaat (5/10/2018) benih LAT diambil setelah temujanji dibuat dengan pembekal benih LAT di Kota Tinggi (En Yacob). Harga seekor LAT bersaiz 3 inci adalah RM3 manakala induk LAT yang bersaiz 4 inci berharga RM5 seekor. Beliau mempunyai ladang LAT dan mampu membekal LAT dengan jumlah yang banyak.
Benih LAT yang telah diasingkan oleh pembekal.

Benih LAT bersaiz 4 inci

Benih LAT bersaiz 3 inci yang saya beli..ada 100 ekor
So bermula 5 Oktober 2018 projek LAt dalam kanvas dimulakan. Diharapkan projek kali ini menjadi dan berjaya.

Tuesday, 18 September 2018

Cara mengatasi Tail Blister pada LAT

Punca
Hasil kajian menunjukkan bahawa bakteria yang menyebabkan ekor melecur pada
lobster air tawar  adalah Aeromonas hydrophila dan Aeomonas caviae. Pemberian gentamicin dengan dos yang berbeza berpengaruh nyata terhadap daya hambat bakteria penyebab ekor melecur lobster air tawar.


Ini sering berlaku pada LAT.... 

Tanda-tanda LAT terjangkit

  1. Statik/pasif: Perhatikan LAT anda....jika setatik di satu tempat yang sama dari pagi hingga tengahari (contohnya) tetapi bila diangkat ia masih bergerak-gerak (insang atau kaki). 
  2. Tidak aktif/agresif: bila dikacau atau disentuh ianya tidak memberi repon atau hanya pergerakan minima.
  3. Hujung ekor: ada tanda melepuh/melecur seakan-akan kulit kita terkena api.

Salah satu tanda terkena Tail Blister di hujung ekor terdapat kesan melepuh

Cara mengatasi/merawat
Kaedah 1
  1. Perlu periksa semua LAT anda.
  2. Asingkan LAT yang terkena jangkitan.
  3. Gantikan air kolam anda ATAU tambahkan garam biru pada kolam anda (garam biru boleh diberi di kedai akuarium)
     Garam biru
  4. Picit atau potong ekor yang melepuh LAT yang dijangkiti

  5. Rendamkan dalam air garam 10-15 minit (air garam tidak perlu terlalu masin) atau celupkan ekor yang dijangkiti pun boleh.
  6. Kuarantinkan dalam bekas yang lain terlebih dahulu sehingga tiada lagi tanda-tanda melepuh
Kaedah 2
Dari pembacaan ada juga yang mencadangkan menggunakan Gentamicin

Apa itu Gentamicin ?
Gentamicin biasa berbentuk Salep dan boleh di beli di farmasi

Umumnya digunakan untuk rawatan jangkitan kulit pada manusia seperti impetigo kontagiosa, ektima, furunkulosis. pioderma, psoriasis dan macam-macam dermatitis lain.

Kontra Petunjuk:
Alergi terhadap gentamisina.

Komposisi:
Tiap gram salap mengandung gentamisina sulfatsetara dengan gentamisina 1 mg.

Kandungan:
Gentamisina merupakan suatu antibiotika golongan aminoglikosida yang berkesan untuk menghalang kuman-kuman penyebab jangkitan kulit sekolah rendah mahupun menengah seperti Staphylococcus yang menghasilkan penisilinase, Pseudomonas aeruginosa dan lain-lain.

Cara Penggunaan:
Ubat luar. Sapukan pada luka-luka kulit 3 - 4 kali sehari.

Peringatan dan Perhatian:
Penggunaan antibiotik topikal kadang-kadang menyebabkan suburnya pertumbuhan mikroorganisma yang tidak sensitif terhadap antibiotik, seperti cendawan. Bila hal ini terjadi atau terdapat iritasi, sesitisasi atau superinfection, rawatan dengan Gentamisina harus dihentikan dan harus diberi terapi pengganti yang tepat.

Ubat-ubat bakterisid tidak berkesan terhadap jangkitan kulit yang disebabkan virus dan cendawan.

*Arahan ini bagi digunakan pada manusia ya.

Tapi saya tidak mencuba kaedah kedua ini kerana pasti kaedah yang sebenar. Ramai penternak menggunakan kaedah 1 bagi mengatasi penyakit ini.

Selamat mencuba! 
*jika ada yang menggunakan kaedah kedua bolehlah share di ruangan komen.

Monday, 17 September 2018

Manfaat Daun Ketapang


Munkin sudah ramai yang dah tahu akan kelebihan/manfaat daun ketapang ini. Saya baharu tahu sejak mula membela lobster air tawar (LAT) hasil perkongsian rakan-rakan dalam WhatsApp Group. Pernah juga melihat dikedai akuarium tapi tidak pernah terlintas untuk menanyakan daun apa dan apakah tujuannya, cuma beranggapan ia adalah daun yang biasa bagi ikan untuk berlindung. Rupa-rupanya tidak......

Pokok Ketapang merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara Asia Tenggara yang lain. Nama botaninya Terminalia catappa. Pokok Ketapang merupakan sejenis pokok rendang yang mempunyai daun yang lebar. Oleh itu, ia amat digemari sebagai tempat berteduh atau perlindungan sebab itu banyak ditanam di tepi pantai.

Buah ketapang

Daun ketapang

Pokok ketapang di tepi jalan di kawasan perumahan saya


Pokok ketapang di tepi pantai


Berikut antara manfaat daun ketapang untuk ikan ialah:
  1. Mampu menurunkan nilai Ph/Asid dalam air yang beralkali
  2. Bertindak sebagai pembunuh bakteria yg boleh mendatangkan penyakit kepada ikan
  3. Merawat luka-luka pada ikan
  4. Mencegah ikan dari terkena penyakit
  5. Mengoptimum kesihatan ikan
  6. Merangsang pembentukan buih oleh ikan jantan ketika mengawan serta menggersangkan lagi ikan ketika mengawan
  7. Menyerap serta menyahtoksidkan bahan-bahan kimia yg terdapat dalam air seperti logam berat (tembaga,zink,aluminium,kadmium)
  8. Memastikan ikan  sentiasa/kekal aktif dan sihat
  9. Mencegah fry/anak ikan baru dari terkena penyakit
  10. Ikan akan berasa seperti di habitat semulajadinya yang gelap.
  11. Menggalak pertumbuhan ekor yg cantik serta memulihkan sirip,ekor dan kulit yg rosak
  12. Mengurangkan stres/murung ikan
  13. Suatu keadaan yg nyaman dan selesa untuk ikan

Perhatian/Amaran:
  1. Penggunaan berlebihan daun ketapang boleh menyebabkan nilai Ph air tidak stabil disamping dapat membahayakan nyawa ikan.
  2. Daun yang dipilih mestilah daun yang bersih dan kering. Daun yang belum sepenuhnya kering tidak mendatangkan manfaat malah boleh memberi keburukan kepada ikan.

Cara Penggunaan:
Sekeping daun ketapang yg kering direndam ke dalam bekas/akuarium .Kepingan tersebut boleh dibiar atau dialihkan setelah air bertukar kekuningan bertujuan memberi ruang untuk ikan bergerak.

Untuk penggunaan yg sedikit daun tersebut boleh dipotong menjadi beberapa keping. 2-3 kepingan yang dipotong sudah cukup memadai untuk menukarkan warna air kepada kekuningan

Boleh digunakan ketika ikan  sakit/stres
Juga boleh digunakan untuk ikan yg sihat bagi mencegah daripada terkena penyakit disamping memberi tenaga sampingan. untuk mengawan

Daun ketapang yang kering/gugur

Penggunaan daun ketapang yang baharu diletak pada kolam LAT saya. Dalam 1-2 jam air akan bertukar warna kepada kekuningan.

Tahukan anda bahawa daun ini berharga?
Ianya ada dijual secara online mencecah sehingga RM200++ sekilogram.


Kepada sesiapa yang ingin daun ini boleh hubungi saya. Anda hanya bayar kos penghantaran sahaja.

Sunday, 9 September 2018

Kursus Lobster Air Tawar (LAT)

Saya telah menghadiri kursus LAT bagi menambah ilmu mengenai penternakan LAT ni..... maklum le sebelum ni pakai bela je... Memang dah lama rancang untuk sertai mana-mana kursus mengenai LAT ni tepi semua jauh-jauh...kebanyakannya di KL....kebetulan terjumpa satu promosi kursus LAT di JB dan jatuh pada tarikh cuti, so apa lagi terus daftar nama....

Kursus anjuran Gading Emas Venture (FB:Info Lobster Air Tawar) telah diadakan di Damansara Aliff pada 8/9/2018, dari pukul 10.00 lagi hingga 2.00 petang... seramai lebih kurang 22 orang menghadiri yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan ada peserta yang datang dari Kelantan. Tetapi antara semua peserta tu hanya saya dan seorang peserta dari Air Tawar telah mula membela LAT secara suka-suka.

Banyak ilmu baru telah dikongsikan oleh En Firdaus Nawawi mengenai LAT...dari setting kolam, kualiti air, pemakanan, pembiakan hinggalah pemasaran. Alhamdulillah

En Firdaus Nawawi sebagai penceramah

Peserta kursus LAT JB

Setiap peserta diberikan sepasang induk LAT dan bekalan makanan sebagai permulaan (bagi perserta yang baru bermula). Setelah tamat kursus terdapat beberapa orang peserta membeli LAT tambahan (RM3 seekor). Syarikat ini juga ada menjual EM (Effective Microorganisms) bagi memastikan bakteria jahat tidak menganggu LAT. Didoakan semua peserta berjaya dalam menternak LAT walaupun hanya sekadar 'suka-suka' atau sekala kecil.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus LAT boleh le menghubungi En Fidaus Nawawi atau Gading Emas Venture atau cari di Facebook Info Lobster Air Tawar.

Sunday, 2 September 2018

'Projek' Lobster Air Tawar

As salam...lama tak upload cite....

Sejak kebelakangan ini, Lobster Air Tawar aka LAT orang panggil telah mendapat perhatian umum sama ada di media cetak atau sosial. Sebenarnya ia telah lama diusahakan oleh pengusaha-pengusaha agro ternak di negara kita. Jika kita google, banyak sumber-sumber rujukan  yang dikongsikan mengenainya...

So nak dijadikan cerita, saya telah diberi beberapa ekor LAT oleh rakan lama di bandar penawar sewaktu berkunjung ke dusun beliau untuk dipelihara (sekitar Julai 2017). Oleh kerana diberitahu LAT perlukan oksigen (udara segar) maka tak jadi nak masukkan dalam akuarium. Terpaksa tebal muka minta balik poly tank dari mak mertua. Masukkan air paip n anti klorin, masukkan pokok kiambang dan masukkan beberapa pasang ikan gapi sebab takut nyamuk lak yang membiak... (rupa-rupanya boleh juga sebagai sumber makanan pada LAT).

Sesekali berikan makanan ubi kayu....tetapi agak mahal so ganti dengan kentang yang memang sentiasa ada di rumah. Oleh kerana gunakan poly tank yang original (tiada modifikasi) air terlalu tinggi iaitu hanya 1-2 inci sahaja dari paras tangki....oleh itu LAT boleh menanjat keluar dari tangki (peringkat awal tidak tahu bahawa LAT kuat menanjat). Patut le jumpa seekor terselit di longkang (tak lepas pada gerigi besi longkang)... seekor-ekor hilang.... biarkan saja sebab memang tiada niat nak makan atau nak bela bebetul....dan tidak tahu tinggal berapa ekor dalam tangki tu sebab air terlalu gelap dek lumut.

Selang beberapa bulan kemudian tergerak ingin memindahkan baki udang yang ada pada akuarium, at least boleh le tengok LAT tu... semasa proses memindahkannya....terasa kat tangan n lengan ada benda merayap ingatkan kutu air ....rupa-rupanya anak LAT.....

Niat nak memindahkan ke akuarium dibatalkan...masukkan semula ibu LAT ke tangki asal. Tidak tahu berapa banyak yang telah jatuh atau terbuang semasa membuang air tangki.... alhamdulillah banyak juga anak LAT dapat diselamatkan....

Beli besen besar untuk mengasingkan anak-anak LAT tetapi hanya beberapa sahaja yang survive...(hingga hari ini 21 Ogos 2018).

Pada tarikh ni bermulalah 'Projek LAT' aku....konon-konon perojek laaa....dengan modal RM300-400... beli tangki 3 x 2.5 kaki, tangki penapis, paip PVC, batu karang, arang, pump air guna yang lama.

Tangki tapisan

Sambungan 2 poly tank (1 untuk yg kecil 1 utk yg besar saiz 3 inci ke atas)

LAT lama yg tinggal hanya 2 ekor so tambah 6 ekor beli dari kedai ikan

Anak LAT yang berjaya diselamatkan berukuran 1 inci 

Tempat persembunyian


Harap menjadi le projek ni....amin



Tuesday, 27 March 2018

Cubaan menterbak lintah

Selepas kegagalan menternak keli, pakcik cuba pula menternak lintah....sama le, aku hanya memberi sedikit modal dan lebih banyak sokongan moral je....modal agak besar juga yang mana perlu membeli tangki air yang besar, kos makanan dan harga benih lintah...tak silap pada waktu tu seekor berharga 40-45 sen mengikut saiz.

Saiz benih yang dibeli

 Benih lintah

Kapur perlu diletakkan disekeliling tong agar lintah tidak memanjat keluar untuk melarikan diri kerana belum menyesuaikan diri pada keadaan baharu

4 buah tangki air yang besar sebagai permulaan dan diletakkan dibawah bangsal

Di bahagian bawah diletak tanah dan pokok kiambang sebagai penaung

Lintah berkumpul di tepi tong

Benih-benih lintah

Benih lintah yang dibeli dari Negeri Sembilan


Membela lintah sebenarnya lagi rumit dari membela ikan keli.... Lintah akan mati atau lari jika PH dan suhu air yang tidak sesuai dan sebagainya. Makanan utamanya adalah darah belut atau ikan keli hidup yang diletakkan dalam jaring khas . Belut atau ikan keli besar diberi seminggu sekali bagi setiap tong. Harga belut juga agak mahal sekitar RM6-10 seekor dan sukar diperolehi.

Projek ini juga gagal disebabkan pengetahuan mengenai lintah agak kurang, tiada kursus khas dihadiri bagi menternak lintah. Belajar teknik menternak hanya dari website dan blog sahaja. Pada sesiapa yang ingin menternak lintah disarankan anda menghadiri kursus khas.


Cubaan menternak keli...

Projek ni diusahakan oleh salah seorang pakcik di kampung sekitar tahun 2012..... aku tolong beri sokongan moral je ..... tolong bersihkan kolam jika balik kampung dan sebagainya. Pakcik hanya buat 1 cycle je sebab katanya modal banyak tetapi hasilnya tidak seberapa....kos makanan (dedak) agak tinggi dimana ikan keli kuat makan.

3 kolam kanvas

Proses membersihkan kolam bagi memperoleh kualiti ikan yang bersih

Anak keli yang kekenyangan

Proses mengasingkan anak keli yang kecil dan besar bagi mengelakkan ikan yang kecil mendapat makanan yang ditabur

Sebenarnya kos makanan boleh dikurangkan dengan memberi makanan lain seperti ayam yang telah direbus. Di kampung terdapat beberapa penternak ayam so ayam yang mati boleh dibeli dengan harga murah untuk dijadikan makanan tambahan keli (kata pengusaha keli lain). Tetapi kerja tambahan perlu dibuat iaitu ayam tersebut perlu dibersihkan dan direbus dahulu sebelum digantung pada kolam keli. Memandangkan pakcik berkerja sepenuh masa dan menternak hanya sekadar suka-suka maka dia tak buat kaedah tersebut, lagi pun air kolam akan cepat busuk apabila menggunakan kaedah ini. Maka pakcik lebih rela menggunakan dedak sebagai makanan utama keli. Kesian pada pakcik sebab pulangannya tidak berapa lumayan, oleh tu dia tidak teruskan menternak keli.......

Terpaut hati di kolam....

Ni le pengalaman yang diceritakan pada post yang lepas....


Setelah memceburi dunia pancing sejak setahun lalu telah banyak lokasi memancing diterokai bermula dengan memancing spesis ‘kepala ular’ di kampung diikuti memancing udang galah di Kota Tinggi, memancing di kelong, rumah rakit, memancing dari atas bot, memancing di bawah jambatan kedua Malaysia-Singapura. Semuanya memberi pengalaman berguna bagi menambah kemahiran memancing tetapi pancingan kolam tidak pernah dicuba walaupun telah mengetahui terdapat banyak kolam berbayar disekitar Johor Baharu.  Ini kerana pada pandangan awalku, pancingan kolam tidak ‘trill’, tidak memcabar selain kos pancingan kolam agak mahal dan tidak tahu teknik apa yang digunakan. Setelah membaca beberapa artikal dari majalah pancing, hati  terdetik untuk memcuba apatah lagi ada rakan yang mengajak dan sudi menurunkan ilmu.

Dan, pada hari yang dirancang, kami menuju ke sebuah kolam di Taman Perling. Pada pagi tersebut merupakan kali pertama aku memancing kolam dengan kelengkapan set joran medium hard, tali mono 30lbs serta mesin berskala 6000 (macam nak mancing laut... maklum le tu je yang ada dalam stor). Oleh kerana tiada pengalaman memancing kolam maka perambut serta pelampung dipinjamkan oleh rakan.

Setelah semua kelengkapan disediakan serta membayar 'yuran' memancing maka kami dibenarkan masuk. Perasaan amat teruja untuk membuat balingan pertama dengan berumpankan udang segar atau udang kopek. Tidak sampai setengah jam balingan dibuat, pelampung hilang dipermukaan air lalu satu rembatan padu dibuat tetapi rabut disebabkan kegopohan sendiri. Setelah umpan ditukar maka balingan di tempat yang sama dibuat dan tidak lama kemudian pelampung hilang sekali lagi dan kali ini rembatan dibuat dengan hati-hati dan hasilnya seekor jenahak anggaran 1++kg berjaya dinaikkan.  Sepanjang sesi pancingan hari tersebut, kami hanya berjaya menaikkan 2 ekor jenahak.

Jenahak pertama menancing kolam air masin

Hasil kami, seorang seekor

Selepas hari tersebut, diriku macam terkena ‘karen’ kolam, hati telah terpaut. Segala sangkaan awal terhadap pancingan kolam meleset sama sekali. Banyak kelebihan memancing kolam antaranya masa pancing boleh ditentukan, kos lebih kurang memancing dilokasi lain malah lebih murah jika dikira secara keseluruh sesuatu trip menancing (kos pengangkutan, minyak, sewaan bot, umpan, tol  dan sebagainya), kos set peralatan agak murah malah ikan pancingan adalah kelas A (jenahak, merah, kerapu, siakap, bawal, gelama taiwan dan lain-lain), hal keselamatan juga memberi kelebihan malah perlawanan ikan tidak kurang hebatnya dengan penggunaan set yang besesuaian.

Pancingan kolam juga memerlukan kemahiran tertentu, jika tidak kes rabut sering berlaku.  Kini pancingan kolam telah menjadi pilihan utamaku  jika ada masa terluang. Tetapi setiap pemancing mempunyai pandangan masing-masing, tepuk dada tanya selera..... dan terima kasih kepada En. Taufik yang memperkenalkan dan mengajar teknik pancingan kolam.

Hasil trip susulan.....

Lepas trip pertama tu....boleh katakan seminggu 2-3 kali ke kolam ni mancing......